Tuesday, July 14, 2009

Proses Pengundian Pilihan Raya Kecil DUN Manik Urai Bermula


(gambar malaysiainsider.com)


KUALA KRAI, 14 Julai (Bernama) -- Proses pengundian bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai bermula sebaik sahaja pusat-pusat pengundian dibuka pada pukul 8 pagi Selasa hari ini.

Sembilan pusat pengundian dibuka untuk pilihan raya kecil itu melibatkan 27 saluran dalam proses yang diselia pegawai dilantik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang diketuai Pegawai Pengurus Pilihan Raya Adnan Hussin, yang juga Ketua Jajahan Kuala Krai.

Sebahagian besar daripada 12,293 pengundi, kecuali 25 pengundi pos, dijangka keluar awal untuk memilih wakil rakyat baru bagi menggantikan penyandangnya Ismail Yaacob yang meninggal dunia pada 22 Mei lepas akibat serangan jantung.

SPR mensasarkan kira-kira 85 peratus daripada pengundi akan keluar mengundi pada pilihan raya kecil ini.

Bagaimanapun, kedua-dua calon, Tuan Aziz Tuan Mat, 39, dari Barisan Nasional (BN) dan Mohd Fauzi Abdullah, 50 dari PAS, bukan pengundi di kawasan itu.

Pengundian akan ditutup pukul 5 petang dan diikuti dengan pengiraan undi di kesemua sembilan pusat mengundi terbabit.

Penjumlahan undi akan dilakukan di Dewan Petra, SMK Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai dan keputusannya dijangka dapat diketahui seawal pukul 8 malam ini.

-- BERNAMA

BN Janji Projek ,Pas Janji Akhirat

BN menegaskan kerajaan pusat sudah pun menunaikan janjinya menyediakan sekolah rendah dan menengah di kampung pendalaman seperti di Temalir dan Lata Rek dengan peruntukan bagi Kelantan saja melebihi RM124 juta. Sementara itu, PKR yang menghantar sejumlah aktivisnya ke Manek Urai tidak hirau sama ada Pas menang atau kalah kerana baginya kekalahan Pas adalah jauh lebih baik kerana ini boleh membuat Nik Aziz sedar betapa tanpa Anwar Ibrahim Pas kekal berkuasa di Kelantan saja dan tidak keluar dari bawah tempurung. Kemenangan pula boleh membuat Pas lupa diri.


Nasir Sukiman
14 Julai 2009


PERJALANAN yang selesa dan jalan yang lengang dari Simpang Pulai dan Gua Musang khususnya bagi kenderaan dari Lembah Kelang mungkin adalah salah satu pertanda tidak baik bagi Pas yang mengajak kira-kira 1,500 pengundi dari Manek Urai pulang membuang undi Selasa.
Jumlah itu dikatakan adalah antara penyokong tegar Pas yang dipujuk pemimpin yang menganjurkan jamuan di Vistana Hotel, Kuala Lumpur dan di Batu Caves bagi menjamin kemenangan parti itu pada pilihan raya kecil N.41 Manek Urai.
Namun tinjauan dan pemerhatian di dua kawasan masuk ke jalan utama Kuala Krai-Manek Urai-Kota Bharu menunjukkan tidak ada konvoi kenderaan dari Selangor atau plat Kuala Lumpur menuju ke Manek Urai.
Bagi Pas kehadiran pengundi tegar itu sangat-sangat diharapkan bagi melawan arus sokongan kepada Barisan Nasional yang dipercayai meningkat sejak gagasan perpaduan Melayu-Islam diketengahkan pemimpin UMNO selain projek jambatan lebih besar diumumkan Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin Yassin bagi penduduk di antara Manek Urai Lama dengan Manek Urai Baru.
Muhyiddin menegaskan kerajaan pusat sudah pun menunaikan janjinya menyediakan sekolah rendah dan menengah di kampung pendalaman seperti di Temalir dan Lata Rek dengan peruntukan bagi Kelantan saja melebihi RM124 juta.
Bagaimanapun, isu rundingan perpaduan Melayu jelas menjadi topik hangat penduduk kampung apatah lagi Pas dan UMNO asyik menekankan pentingnya sesama Islam berbaik-baik demi kepentingan masa depan negara.
Namun penduduk yang dikatakan marah apabila mendapati Pas sengaja melengahkan rundingan itu menyalahkan Husam Musa dan Mahfuz dan tidak Nik Aziz Nik Mat yang dianggap tidak mungkin tersilap dalam perhitungan politik beliau walaupun beliau menolak gagasan itu.
Kini satu lagi isu baru menjadi bisikan terutama di kalangan pengundi muda adalah ‘habuan’ diberikan Pas berupa ganjaran wang bagi memujuk golongan pengundi pertama kali itu memangkahnya sedangkan Parti Keadilan Rakyat juga dilaporkan cuba memujuk dengan menawarkan lebih banyak wang.
Tidak kira apa pun dijanjikan Pas atau PKR, bagi Nik Aziz beliau mahu pengundi Manek Urai membalas budi parti itu yang memberikan penduduk tanah di bawah Rancangan Kemajuan Tanah pada 1970-an ketika penerokaan dilakukan di kawasan undi itu.
Bagi Pas juga, pengundi tidak harus mempersoalkan isu pembangunan kerana seperti kata Mahfuz projek dan pembangunan di Manek Urai adalah tanggungjawab kerajaan pusat yang membuka kawasan seperti Kesedar.
Sementara itu, PKR yang menghantar sejumlah aktivisnya ke Manek Urai tidak hirau sama ada Pas menang atau kalah kerana baginya kekalahan Pas adalah jauh lebih baik kerana ini boleh membuat Nik Aziz sedar betapa tanpa Anwar Ibrahim Pas kekal berkuasa di Kelantan saja dan tidak keluar dari bawah tempurung. Kemenangan pula boleh membuat Pas lupa diri.
Hari ini kira-kira 12,200 pengundi Manek Urai akan membuat penentuan yang amat penting bagi kedua-dua UMNO-BN dan juga Pas dengan calon BN Tuan Aziz Tuan Mat berdepan Fauzi Abdullah, peniaga ikan dari Pas.-malaysiaaktif.com

Monday, July 13, 2009

KUMPULAN ENDORGAN MENGAJAK PENDUDUK MANEK URAI BERSENGKETA

Tinggal sehari lagi untuk parti BN dan PR berkempen bagi pilihanraya kecil Dun Manek Urai yang akan berlangsung pada hari selasa nanti. Bahan kempen kedua-dua parti bertanding dilihat sudah sampai kemuncaknya dan sejak seminggu kempen berlangsung tidak ada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku antara kedua-dua parti bertanding.

Inilah hakikat yang sudah tersirat antara UMNO dan Pas dalam apa jua urusan termasuklah dalam sebarang pilihanraya kecil atau umum. Jika melibatkan UMNO dan Pas jarang sekali akan kita lihat berita atau cerita mengenai kejadian yang tidak diingini berlaku. Sebaliknya jika pilihanraya melibatkan UMNO dengan PKR, sudah pasti akan adalah kekacauan seperti bas disekat atau ditahan, wartawan di pukul dan sebagainya. Jadi apa yang dihajati oleh Presiden Pas untuk wujudkan sebuah Kerajaan Perpaduan adalah tepat kerana UMNO dan Pas dilihat mempunyai banyak persamaan dan mempunyai kesepakatan yang tersirat.

Namun, dari mulut dan sembang-sembang yang kedengaran di warung-warung sekitar Manek Urai dikatakan penduduk tidak berapa ‘berkenan’ dengan cara kempen kumpulan Endorgan PR yang dilihat cuba memecah-belahkan penduduk di Manek Urai. Kumpulan Endorgan yang diketuai oleh Parti Pakatan Rakyat yang berkempen dari rumah ke rumah, warung ke warung dan sebagainya asyik cuba melaga-lagakan dan cuba menimbulkan persengketaan antara penduduk di Manek Urai.

Kumpulan Endorgan ini didakwa menghasut supaya menjauhi penyokong UMNO kerana dakwanya hanya PR di bawah Pas saja yang memperjuangkan Islam dan mereka juga mengwar-warkan bahawa Kerajaan Perpaduan hanya akan ditubuhkan di bawah kerajaan PR. Jadi mereka menyeru penduduk Manek Urai menghalau jentera UMNO datang berkempen di rumah atau tempat mereka. Lebih merisaukan apabila kumpulan Endorgan ini dikatakan menghasut penduduk Manek Urai supaya tidak membiarkan atau mengawasi anak-anak mereka supaya tidak bergaul atau merapati anak-anak penyokong UMNO.

Tindakan kumpulan Endorgan ini sebenarnya menjadi bualan penduduk Manek Urai dan mereka merasa tersinggung dengan sikap dan kenyataan sedemikian dan ada beberapa hasutan dan fitnah lagi yang dilemparkan oleh kumpulan Endorgan untuk melaga-lagakan penduduk Manek Urai. Penduduk Manek Urai bukan saja tersinggung bahkan ‘orang-orang lama’ yang juga penyokong kuat Pas di Manek Urai melahirkan rasa marah dan kecewa dengan kempen tidak ‘bermaruah’ itu.

Rata-rata penduduk di Manek Urai walaupun mempunyai perbezaan politik tapi kehidupan mereka seharian tidak pernah membezakan fahaman atau politik yang berbeza. Mereka boleh makan dan minum bersama sambil gelak ketawa bermain ‘dam aji’ bersama-sama. Dengan kata lain perbezaan politik bukan pemisah buat mereka untuk merapatkan hubungan yang sudah tersedia terjalin sejak sekian lama.

Tapi dengan cara berkempen dan sikap fanatik kumpulan Endorgan, mereka dikatakan cuba mewujudkan corak kehidupan berkumpulan atau berberpuak-puak supaya penduduk Melayu di Manek Urai berpecah hanya kerana fahaman politik yang berbeza. Namun bagi penduduk di Manek Urai, walaupun ditengah kesibukkan dan kehangatan berkempen menjelangnya pilihanraya ini, mereka masih boleh duduk dan makan bersama-sama sambil gelak dan ketawa dan ini jelas menolak budaya kehidupan yang cuba diterapkan oleh kumpulan Endorgan.

Ada penduduk menyatakan, apa yang cuba di buat oleh kumpulan Endorgan ini adalah strategi musuh Islam untuk melemahkan dan melaga-lagakan umat Islam supaya tidak lagi bersatu dalam kehidupan seharian dan menjadikan fahaman perbezaan politik sebagai senjata untuk melemahkan umat Islam. Jika umat Islam lemah maka dengan mudah lah mereka menguasai dan menghancurkan umat Islam dan contoh apa yang berlaku di bumi Arab, Selatan Thailand dan terbaru di bumi tanah besar China adalah contoh terbaik untuk dijadikan tauladan jika umat Islam tidak bersatu dan menolak hidup dalam perpaduan.

Hakikatnya inilah yang dikehendaki oleh kumpulan Endorgan, tapi penduduk di Manek Urai menolak dengan keras dan mereka akan buktikan dalam pilihanraya pada Selasa nanti. Budaya kekeluargaan antara penduduk di Manek Urai sejak sekian lama tidak mereka akan runtuhkan hanya kerana perbezaan politik. Penduduk berkata, Allah akan tidak akan menurunkan rahmat pada umatnya jika ada kematian mereka tidak menziarahinya kerana kerana berbeza fahaman politik, apalah guna masjid dan surau jika masing-masing bersembahyang berasingan mengikut fahaman politik masing.

Akok@Baulu
(
http://wartacitracafe.blogspot.com/

Sunday, July 12, 2009

PAS Tergugat Di Manik Urai?

Bernama
12 Julai 2009


KUALA KRAI, -- Kurang 48 jam, lebih 12,000 pengundi di Manik Urai akan menentukan wakil rakyat dan parti pilihan mereka Selasa ini selepas berada di bawah PAS.

Kalau sebelum penamaan calon, PAS mendahului dengan 60 peratus sokongan manakala 40 peratus pengundi memihak kepada Barisan Nasional (BN), namun jurang itu kini semakin rapat sehinggakan ada yang berpendapat BN boleh menggugat kedudukan PAS.

Ini kerana beberapa kawasan kubu kuat PAS misalnya di Chuchoh Puteri, Sungai Sok dan Lata Rek kini boleh dimasuki jentera BN. Perkara itu adalah mustahil sebelum ini.

Faktor generasi muda yang dahagakan pembangunan juga menyumbang ke arah itu.

Tumpuan juga diberi kepada kawasan peti undi yang mempunyai populasi pengundi yang tinggi seperti di Sungai Perial dengan 2,019 pengundi, yang juga peti undi tertinggi daripada sembilan peti undi di Manik Urai.

Pemerhati politik melihat keadaan itu sebagai pengukur kepada kematangan politik pengundi selain tiada isu tempatan yang mendesak dibangkitkan kecuali kedua-dua pihak cuba memainkan isu yang dekat dengan pemikiran "Melayu Pantai Timur".

PAS masih bersandar pada isu Islam dan dakwaan kerajaan persekutuan menganaktiri rakyat negeri itu melalui tuntutan royalti minyak, manakala BN pula berjanji untuk membawa pembangunan dan menjadikan kawasan itu "anak emas" kerajaan persekutuan.

Sentimen pengundi pula dikatakan tidak "sehebat" ketika pilihan raya kecil Bukit Gantang sebelum ini yang "panas" dengan isu krisis perlembagaan selain demografi pengundinya yang berbilang bangsa.

Demografi pengundi yang bersifat "homogenus" dengan 99.2 peratus pengundi adalah Melayu, kebanyakannya daripada kelas bawahan seperti pekebun kecil dan penoreh getah menghadkan spektrum isu yang boleh dimanipulasikan di Manik Urai.

Anggota Parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli mengakui persaingan sengit di Chuchoh Puteri, Laloh dan Manik Urai Lama, kawasan yang dipercayai mempunyai pengundi di atas pagar.

"Tough fight (persaingan sengit)," kata Bendahari PAS itu walaupun optimis partinya mampu mengekalkan Manik Urai yang dimenangi sejak 1959. Kawasan itu pernah jatuh ke tangan BN pada 2004 ketika Ismail Yaakob, yang meninggal dunia 22 Mei lepas, tidak bertanding.

Di atas kertas PAS hanya mempunyai kira-kira 700 ahli di Manik Urai dengan Umno mempunyai lebih 4,000 ahli, namun angka itu tidak menjanjikan laluan mudah buat calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat, 39, bekas pegawai Kesedar.

"Ahli kita sikit tapi penyokong kita ramai," kata seorang pemimpin PAS tempatan yang optimis pengundi luar kawasan, dianggar lebih 1,000 orang, akan mengundi Mohd Fauzi Abdullah, 50, seorang pemborong ikan.

Sungguhpun bilangan pengundi Cina dan India kecil, masing-masing 52 dan 28 orang, kedua-dua parti yang bertanding turut bersaha mendapatkan sokongan mereka melalui parti komponen serta kelab penyokong parti.

Kempen kedua pihak dilihat semakin intensif dengan beberapa kejutan diumum. BN hari ini mengumum akan membina jambatan baru di Manik Urai Lama jika parti itu menang selain mahu menjadikan kawasan yang didominasi pekebun kecil, penoreh getah dan peneroka itu sebagai "kota agropolitan".

"Kejutan" PAS dijangka diumumkan esok, kata pengarah pilihan raya PAS Kelantan Abdul Fattah Harun. Malam ini juga menyaksikan penceramah "heavyweight" pembangkang, termasuk Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan turun berkempen.

Persoalannya, mampukan kejutan PAS itu mengekalkan "status quo" di Manik Urai, 14 Julai ini, atau pengundi membuat pilihan sebaliknya selepas menjadi saksi kepada apa dilakukan parti itu yang memerintah Kelantan, sejak 19 tahun lepas.

-- BERNAMA

Friday, July 10, 2009

Nik Aziz punca Kelantan mundur

Seorang pengurus anak Kelantan yang sudah lama bermastautin di Kuala Lumpur mengulas begini “Kasihan penduduk Kelantan asyik ditipu oleh Nik Aziz Nik Mat. Tidak ada sesiapa pun yang berani menegur Menteri Besar kerana tidak ada pembangunan dan kemajuan sejak 20 tahun.“Nik Aziz sepatutnya sudah lama disingkirkan demi masa depan Kelantan. Sampai bila kita harus meminta dan berdoa tanpa perancangan dan usaha?

Nasir Sukiman
8 Julai 2009

TERKINI – Pas memasang poster dengan kata-kata ‘Biarkan Pas perintah Kelantan cara kita’ . Apakah maksudnya sama ada cara mengikut parti Islam atau cara Melayu Kelantan?

Ia diiringi wajah Nik Aziz sedang menangis sambil menadah meminta restu.

Seorang pengurus anak Kelantan yang sudah lama bermastautin di Kuala Lumpur mengulas begini “Kasihan penduduk Kelantan asyik ditipu oleh Nik Aziz Nik Mat. Tidak ada sesiapa pun yang berani menegur Menteri Besar kerana tidak ada pembangunan dan kemajuan sejak 20 tahun.

“Nik Aziz sepatutnya sudah lama disingkirkan demi masa depan Kelantan. Sampai bila kita harus meminta dan berdoa tanpa perancangan dan usaha?


Tidak adakah perancangan memajukan Kelantan dirangka Pas? Tidakkah negara dan bandar raya seperti Bukhara, Cordova dan di Samarkand di bawah kerajaan khalifah dulu berkembang maju? Mengapa Nik Aziz tidak mencontohi kemajuan penuh gemilang itu?

Jika kita berdiri di tepi jalan utama Kuala Krai berpuluh lori sarat dengan balak dapat dilihat membawa keluar hasil untuk dipasarkan tentunya membawa hasil mahsul untuk Kelantan.

Tetapi hanya doa dan berkat saja dipohon Nik Aziz tanpa wawasan membangunkan negeri.

Kebosanan dan sikap meluat pengundi inilah agaknya yang menyebabkan kurang 50 orang hadir di majlis ceramah anjuran Pas di Laloh, Isnin malam yang turut dihadiri pemimpin PKR, Zaid Ibrahim, Naib Presiden Pas Salehudin Ayub serta calon Pas Fauzi Abdullah.

Kehadiran di acara hiburan berupa dikir barat anjuran Pas juga tidaklah sehebat persembahan di padang sekolah Temalir, anjuran UMNO iaitu terletak kira-kira 50 kilometer dari simpang Jalan Kuala Krai-Manek Urai .

Majlis anjuran Pas bertukar menjadi syarahan agama dengan peniaga dan pegerai baik dari Umno atau Pas menjual pelbagai jenis makanan tradisional selain ubat dan permainan kanak-kanak.

Zaid yang berulangkali mengaitkan Perdana Menteri Najib Razak dengan kes Atlantuya jelas kebingungan apabila khemah mula ditinggalkan pengunjung yang lebih berminat dengan ‘pasar malam’ di situ.

Isu serangan peribadi diuar-uarkannya jelas tidak disukai penduduk yang sudah lebih setahun tidak menghadiri majlis berbentuk hiburan sejak pilihan raya umum 8 Mac, 2008.

Perhatian kini tertumpu kepada kedai-kedai makan dan masjid di Manek Urai yang seringkali dikunjungi calon UMNO-BN, Tuan Aziz Tuan Mat yang sememangnya diketahui menaja majlis berbuka puasa di masjid berkenaan selain membahagikan zakat.

Kini Tuan Aziz menaja makanan daripada sarapan sehinggalah ke makan tengah malam sebuah kedai di Manek Urai bagi setiap pengunjung.

Berbanding sambutan dan sikap aktivis UMNO-BN di Permatang Pauh pada Ogos 2008, yang tidak mengendalikan dengan cekap dan setia khemah parti, khemah dan pusat Umno baik di Laloh, Temalir, Sungai Chuchoh, Peria, Lata Rek sentiasa dipenuhi aktivis Umno yang disajikan buah-buahan tempatan seperti dokong dan durian. -malaysiaaktif.com

Monday, July 6, 2009

Pas terpaksa guna isu halal, haram

CERITA DARI MANEK URAI 2
Soal halal haram dan masuk syurga atau neraka mula bergema di ceramah Pas di kalangan penduduk kampung pedalaman dalam kawasan undi N.41 pada malam Sabtu lepas. Salah seorang penceramah Pas dikenali sebagai ‘Ustaz’ Hamid Derani dengan lantang mengingatkan orang ramai yang bersesak-sesak di Kampung Lata Rek di tengah malam akan pelbagai kesan buruk menerima habuan disumbangkan oleh pemimpin UMNO khususnya.



Nasir Sukiman
5 Julai 2009

SETELAH isu taraf pendidikan dijawab dan tuduhan rasuah serta dakwaan penyelewengan berjaya ditangkis oleh UMNO-BN dan calonnnya Tuan Aziz Tuan Aziz Tuan Mat yang terbukti bersih, Pas kembali menggunakan soal agama di Manek Urai.
Soal halal haram dan masuk syurga atau neraka mula bergema di ceramah Pas di kalangan penduduk kampung pedalaman dalam kawasan undi N.41 pada malam Sabtu lepas
Salah seorang penceramah Pas dikenali sebagai ‘Ustaz’ Hamid Derani dengan lantang mengingatkan orang ramai yang bersesak-sesak di Kampung Lata Rek kira-kira 10 kilometer dari jalan utama Jalan Kuala Krai-Manek Urai di tengah malam akan pelbagai kesan buruk menerima habuan disumbangkan oleh pemimpin UMNO khususnya.
Memang benar pemimpin UMNO pernah memberi penduduk kain batik, sejadah dan pelbagai habuan lain tetapi ia menjadi idaman dengan pengundi sedia menadah tangan menerima sumbangan itu.
Penceramah berulang kali mengingatkan pemberian UMNO kononnya tidak halal dan tidak patut diambil.
Penduduk yang bersarban dan berkopiah dengan wanitanya bertudung menutup aurat jelas terpegun dan ramai yang mungkin termakan amaran disuarakan itu.
Dengan hampir 99.6 peratus pengundi Melayu dan cuma 56 penduduk Cina dan 28 pengundi India, Pas nampaknya mula gentar apabila mendapati segala fitnah dan tuduhannya terhadap Tuan Aziz ternyata tidak benar dan berjaya dijawab dengan amat memuaskan.
Pas sebelum ini berhujah kononnya 12, 293 pengundi Manek Urai tidak memerlukan wakil rakyat berpendidikan tinggi mewakili mereka dalam DUN.
Maka itulah peraih-peniaga ikan, Mohamed Fauzi Abdullah, 50, yang sekadar berpendidikan rendah dipilih berbanding Tuan Aziz berkelulusan ijazah pengurusan. Tetapi apa yang tidak didedahkan adalah hakikat betapa orang Kelantan amat mengutamakan pendidikan tinggi kerana adik beradik Pozi seperti juga Tuan Aziz semuanya adalah lulusan universiti.
Pas dengan dua portal berita pro-pembangkang Malaysiakini dan The Malaysian Insider mempersoalkan pula gaya hidup Tuan Aziz yang dikatakan mewah dan tidak mampu ditampung oleh pendapatan bulannya.
Bagaimanapun, apabila jumlah sebenar pendapatan bulanan calon UMNO itu dan isterinya seorang guru dicampurkan jelas ia lebih daripada mampu menanggung gaya hidup Tuan Aziz sekeluarga.
Itu pun, beliau dikatakan hanya memiliki kereta jenis Perdana sudah terpakai sedang rumahnya adalah separuh batu saja.
Apabila Pas kehilangan isu peribadi untuk dikecam dan di manipulasi sebagaimana dipergunakan dengan berkesan di Kuala Terengganu dan Bukit Gantang , ia lantas menimbulkan soal agama bagi memastikan pengundi di Manek Urai memangkah Pozee.
Namun, kini yang pasti UMNO dan Pas sedar pengundi berusia dalam lingkungan 21-39 tahun iaitu kira-kira 5,598 orang perlu diberikan perhatian.
Berikutan itu, dua parti itu menganjurkan persembahan dikir barat dan belia berkonvoi motosikal sedang ceramah agama Pas diselang-seli dengan bacaan al-Quran. Terbaru Pas menganjurkan konsert di Padang Majlis Kuala Krai dengan penyanyi Ringgo memeriahkan lagi acara. -malaysiaaktif.com

Friday, July 3, 2009

Taktik di Bukit Gantang akan berulang

Pada kempen pilihan raya kecil Bukit Gantang, P.59, April lalu Pas menabur surat layang kononnya calon Umno, Ismail Saffian, memohon maaf kepada Presiden parti Najib Tun Razak, kerana telah berkunjung ke Danok, pekan sempadan Siam untuk berhibur. Pada pagi hari membuang undi, Muslimah Pas membawa spanduk memfitnah Ismail yang pastinya tidak sempat menjawab semua tuduhan peribadi itu.


NASIR SUKIMAN
2 Julai 2009



MENGAPA Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad tiba-tiba memberi amaran usah serang peribadi Nik Aziz Nik Mat pada kempen pilihan raya kecil N 41, Manek Urai?

Pada ceramah sulungnya di kawasan pedalaman Kelantan itu, beliau mengingatkan pemimpin BN-Umno usah cuba memfitnah dan memburukkan Mursyidul Am Pas merangkap Menteri Besar Kelantan itu berikutan ura-ura membentuk kerajaan perpaduan Umno dengan Pas yang belum tercapai itu.

Kononnya Idris akan memastikan usaha Umno melemparkan pelbagai tuduhan terhadap Nik Aziz akan membawa padah dan Manek Urai menjadi ‘kubur’ bagi BN.

Sebagai ketua penerangan Pas Pusat yang baru, sama ada Idris sengaja tidak tahu atau memang sebenarnya jahil mengenai taktik dan muslihat Pas selama ini – melemparkan tuduhan palsu, menyebarkan fitnah dan kuat mengumpat calon lawan terutama pada saat-saat genting.

Malah bolehlah dikatakan fitnah dan mengumpat adalah asam garam gerak gempur Pas paling tajam dan berkesan mempengaruhi pengundi terutama wanita selama ini.

Ia menjadi seperti inti pada setiap ceramah pilihan raya kecil baik di peringkat Parlimen mahupun DUN selain pemimpin Pas mengalunkan kisah ‘lucu’ dan ulasan murahan kononnya sebagai penghibur hati pengunjung dan ahli parti dari segenap pelusuk.

Pada kempen pilihan raya kecil Bukit Gantang, P.59, April lalu Pas meneruskan kempen jahatnya apabila menabur surat layang kononnya calon Umno, Ismail Saffian, memohon maaf kepada Presiden parti Najib Tun Razak, kerana telah berkunjung ke Danok, pekan sempadan Siam untuk berhibur.

Ini dilakukan sehari menjelang pembuangan undi iaitu pada 7 April. Selain menyebarkan surat-surat itu di Taman Mewah dan tempat awam lain, Pas turut menuduh Ismail enggan bersolat Subuh berjemaah apabila diajak sedangkan pemimpin dan ahli Pas memenuhi surau dan masjid seperti di Simpang dan sebahagian, Kamunting.

Pada pagi hari membuang undi, Muslimah Pas membawa spanduk memfitnah Ismail yang pastinya tidak sempat menjawab semua tuduhan peribadi itu. Walaupun beliau amat kesal dengan tuduhan palsu itu tetapi semuanya tidak sempat ditangkisnya.

Begitu juga pada Pilihan Raya Kecil P.36 Kuala Terengganu pada 17 Januari lalu apabila calon Umno-BN, Wan Farid Wan Salleh dikutuk dan dikaitkan dengan pelbagai fitnah berbanding calon Pas Wahid Endut disifatkan sebagai ‘ustaz kampung’.

Pemimpin Pas seperti Ghani Rahman dan Mahfuz Omar tidak henti-henti mengecam dan mengaitkan pemimpin Umno dengan pelbagai fitnah yang lebih berupa kisah dikitar semula dari satu majlis ceramah ke majlis terkini.

Anehnya ramai yang hadir yang pastinya bukan pengundi dan penduduk tempatan bertepuk tangan sambil ramai lagi memenuhi gerai pasar juadah dan pasar malam Pas seperti di markas parti di Kubang Semang, Penanti dan di Air Kuning, Bukit Gantang.

Mujur ramai pengundi Melayu khususnya sudah sedar hakikat kerjasama Pas-DAP lebih banyak membawa keburukan dan merugikan mereka. Keputusan undi seperti di Bukit Gantang menunjukkan jumlah undi Melayu untuk Umno-BN bertambah tetapi kecenderungan pengundi Cina menyokong pembangkang member kelebihan kepada Nizar Jamaluddin.

Persoalannya apakah istimewanya Nik Aziz hingga tidak boleh dikecam? Beliau bukannya maksum malah kenyataannya setakat ini tidak banyak mencerminkan daya kepemimpinan Islam apabila menolak musyawarah menyatukan umat Islam yang berpecah kini.
Apa gunaya debat jika ia hanya mahu digunakan bagi memburukkan Umno selain mengungkit kegagalan kerjasama Umno-Pas yang lalu?

Nik Aziz mungkin mahu kepakarannya menggunakan ayat al-Quran dan loghat Kelantannya dipuji selain mengelirukan pendengar bukan Kelantan. Mengapa bersifat riak dan sombong? - malaysiaaktif.com

Thursday, July 2, 2009

JENAKA NIK AZIZ MENJERAT DIRI SENDIRI

Tokai amat tersintak bila tergamaknya Tok Guru Nik Aziz menyindir UMNO sebagai penyebar ajaran sesat Ayah Pin dan menyamakan perjuangan sebagai Chin Peng. Tak tahulah daripada mana wahyu itu diperoleh oleh Tok Guru sehingga sanggup membuat tuduhan walaupun dianggapnya sebagai jenaka.

Bagi Tokai ia bukanlah jenaka, tetapi faktwa dan hukuman terbaru Tok Guru setelah rakyat mula mengenali firasat politik yang keterlaluan apabila memberikan hukuman tko kepada Nasharudin Mat Isa yang bercadang untuk meneruskan rundingan membentuk kerajaan perpaduan dengan UMNO/BN.

Ayah Pin, seorang yang terkenal dengan sifatnya suka berlaga ayam, beristeri empat dan tidak mempunyai latar belakang pendidikan agama menyebarkan fahaman kerajaan langit. Telah menubuhkan markasnya di Hulu Besut dan menjadi semaikin berpengaruh sekitar tahun 2002 hinggalah dirobohkan oleh Majlis Daerah Besut pada tahun 2005.

Waktu membina markasnya, PAS berkuasa di Terengganu. Tetapi keran pemimpin PAS terlalu sibuk untuk memikirkan mengenai wang royalti, aktiviti Ayah Pin terlepas pandang. Haji Hadi buat tak tahu kerana ajaran tersebut tidak mencabar pengaruh PAS, walaupun menodai kesucian ajaran Islam.

Chin Peng pula adalah ketua pengganas komunis yang tidak pernah memohon maaf di atas kekejaman yang dilakukan sepanjang usahanya membentuk Kerajaan Republik Malaya. Chin Peng sanggup menggunakan apa sahaja kaedah bagi menjayakan cita-citanya termasuk membunuh, dakyah dan orang Melayu Islam yang berhaluan kiri bagi menyokong perjuangannya.

Terlalu banyak trauma dan cerita-cerita ngeri mengenai Komunis. Tetapi, kenapa Tok Guru samakan dengan perjuangan UMNO? Tok Guru mungkin lupa bahawa tindak-tanduk PAS selama ini boleh juga disamakan dengan tektik dan strategi yang pernah dilakukan oleh komunis.

Pertama, menggalakkan masyarakat untuk menentang undang-undang dan peraturan. Sanggup mengumpul orang ramai yang tidak berdosa bersama menentang dan menerima apa yang pernah disifatkan oleh Presiden PAS sebagai "taghut, kafir, dan zalim." Sedangkan undang-undang dan peraturan tersebutlah yang telah menjamin keselamatan rakyat Malaysia sehingga kini.

Kedua, menghasut pemikiran masyarakat supaya meletakkan upaya UMNO membangunkan syiar Islam dan disegani oleh banyak negara sebagai "Islam di luar dan kulit" walhal PAS sendiri terlalu memomokkan perjuangan "membangun bersama Islam." Wajah dan kata-kata Tok Guru kadangkala mencerca Tuhan, suatu kuasa besar yang menjadi tempat umat Islam bergantung harap dan menyerahkan segalanya.

Tok Guru pernah lemparkan tuduhan bahawa "Tuhan juga mencarut" kerana ingin menghalalkan tulisan Shahnon Ahmad yang mencaci dan memburuk-burukkan pemimpin sedangkan Islam mengajar setiap umatnya menjaga ketertiban lidah dan mengawal lisan. Islam menghendaki umatnya bercakap penuh berhemat dan tidak mengaibkan orang lain.

Ketiga, jika Ayah Pin memesong pemikiran pengikutnya berdasarkan lojik akal, maka PAS tidak terkecuali apabila menyifatkan kepimpinan UMNO "tidak Islamik." Nampaknya, Tok Gurulah yang paling maksum dan mulia sekali di sisi Allah SWT sedangkan setiap umat Islam diajarkan orang yang paling mulia di sisi Allah SWT ialah yang tinggi takwanya.

Bila bercakap, berjanji akan menunaikan setiap kata-kata yang dilafazkan. Tetapi, Tok Guru lain bagi mengelakkan rakyat mempersoalkan apa yang pernah dijanjikan, Tok Guru mula mengalihkan pandangan kepada isu yang lain. Maka Tok Guru pun akan membuka mulut seluas-luas, menjaja dalam ceramah bahawa" orang lain itu tidak betul, yang betulnya ialah Tok Guru sendiri". Undang-undang apa yang Tok Guru pakai, tidakkah ini namanya diktator. Tak boleh bantah apa yang Tok Guru cakap dan fatwakan.

Keempat, Islam sentiasa menyeru kepada kebaikan tetapi Tok Guru sentiasa menggalakkan permusuhan walaupun sesama Islam. Tapi, apabila kepentingan politik Tok Guru selari dengan kepentingan orang lain maka Tok Guru pun berkatalah "sanggup berkawan dengan siapa saja, walaupun setan."

Tidakkah Tok Guru masih ingat bahawa Allah SWT sentiasa menyuruh setiap orang Islam menjauhkan diri daripada setan kerana ia boleh mempengaruhi kita melakukan kerja-kerja jahat dan dilaknati oleh Allah SWT. Kerana itulah Tok Guru kata "Tuhan pun samseng" kerana Tok Guru nak menghalalkan tindakan Tok Guru sendiri. Nampaknya, Tok Guru terlalu nak menyamakan kedudukan dengan Tuhan, dan bukannya mengabdikan diri untuk mendapatkan keredhaan-Nya.

Kelima, Tok Guru tolak usaha untuk membentuk perpaduan dan menjamin keutuhan umat Melayu-Islam. Tok Guru kata, Islam tidak bertunjangkan "ketuanan Melayu" tetapi bertunjangkan semangat "ketuanan Islam." Benar sekali, tetapi Tok Guru seolah-olah dilanda histeria apabila penyatuan Melayu-Islam cuba ditegakkan agar menjadi kuat dan ada penyatuannya.

Sedarkah Tok Guru untuk memperkuatkan "ketuanan Melayu" perlukan memperkuatkan orang Melayu dahulu. Cuba Tok Guru kira berapa ramai orang Melayu yang beragama Islam berbanding dengan bukan Melayu yang beragama Islam di Malaysia. Tidakkah secara lahiriahnya setiap Melayu itu beragama Islam.

Tok Guru mungkin akan mengatakan bahawa "tidak semua Melayu mengamalkan ajaran Islam." Memang benar, tetapi secara nalurinya mereka akan menyanggah bila ada orang mengatakan bahawa Melayu itu bukan Islam. Kalau tak percaya, tanyalah apa yang mereka lakukan apabila memasuki kedai-kedai yang menjual makanan tidak halal. Mereka ragu-ragu kerana takut termakan makanan yang ada daging babi. Yang lain mungkin boleh mereka terima, tetapi daging babi amat menjijik dan meloyakan setiap orang yang mengakui dirinya Islam.

Walaupun ada hanya sekelumit sifat Islamnya, maka boleh kita katakan Melayu itu Islam. Tetapi, Tok Guru mengambil sikap yang berlawanan dan sanggup melindungi bukan Islam setelah menerima pandangannya walaupun diketahui ianya tidak ikhlas dan jujur. Sejarah membuktikan bahawa DAP pernah bertegang leher, "langkah mayatnya dulu" kalau ingin menegakkan negara Islam di Malaysia. Malaysia ialah sebuah negara sekular, kenapa Tok Guru sokong sangat dan sanggup melupakan perjuangan asalnya?

Tok Guru kata tak apa kerana "hak minoriti" dijamin dalam Islam. Apakah dibawah pemerintahan UMNO tidak menjamin hak minoriti? Benarkah bukan Melayu merupakan warganegara kelas kedua? Kalau kelas kedua, kenapa mereka dibenarkan berniaga dan membolot kekayaan negara sehingga mengatasi jauh orang Melayu sendiri hatta orang Islam sekali pun.

Cuba Tok Guru tinjau. Berapa banyak orang Islam mempunyai estet yang besar. Berapa ramai orang Islam menggunakan kereta mewah (maaf Islam tidak menggalakkan umatnya bersikap riak dan menunjuk-nunjuk)? Siapakah pembalak yang memberikan wang untuk dijadikan sagu hati lawatan rumah ke rumah yang dikendalikan oleh Muslimah PAS di Manek Urai?

Ingat, pepatah Melayu memberikan peringatan bahwa "kata dulang, paku serpih: mengatakan orang sebenarnya diri sendiri yang lebih", wallahuaklam.

HUSAM JADI KAYA, ORANG MISKIN BERISTIREHAT DI KELANTAN

Tokai tabik dengan idea Datuk Husam Musa yang tersiar di laman web rasminya menggunakan slogan yang aneh dan penuh kekejaman psikik. Bunyinya: “KE ARAH MALAYSIA SEJAHTERA, Jadikanlah Negeri Kami Negeri Beragama, Tempat Istirehat Orang-Orang Miskin Dan Memerlukan”.

Itukah perangai Husam Musa? Husam telah banyak membolot kekayaan melalui pelbagai proksi. Husam turut menguasai beberapa penerbitan akhbar nyamuk yang membawa idealisme erdogan dan banyak digunakan sepanjang membelasah kepimpinan ulamak yang berhasrat merintis jalan perundingan kerajaan perpaduan.

Benarlah bagai dikata, Husam lebih suka ramai rakyat yang tinggal di Kelantan miskin. Sebaliknya di atas kemiskinan rakyat Kelantan itu Husam akan membina puncak kekayaan. Orang miskin akan terus dieksploitasi dan bukannya dibantu untuk mengubah kedudukan sosio-ekonominya.
Kata pepatah, mengaut keuntungan di atas penderitaan orang lain. Membina kekayaan di atas kesusahan orang ramai. Apa ke jadahnya ni? Kata berjuang atas nama Islam, itu namanya berjuang atas landasan yang lebih teruk daripada kafir harbi.

Bijak betul teori ekonomi yang disanjung oleh Husam. Maklumlah dia belajar ekonomi, maka tahulah dia untuk berpegang kepada teori yang pernah dikecam oleh Pak Ungku Aziz semasa menilai punca kemiskinan orang Melayu dalam tahun-tahun 1960-an dahulu.

Husam mungkin mendapat idea bernas itu setelah membuka kembali buku-buku ekonomi klasik, tetapi beliau lupa kepada teori ekonomi kapitalis yang berasaskan pendapat Adam Smith, the wealth of the nation. Adam Smith tidak pernah menghuraikan bagaimana untuk terus memiskinkan sebahagian rakyat, yang dijelaskan ialah bagaimana untuk memakmurkan sesuatu negara berdasarkan prinsip usaha bebas.
Husam berpegang kepada falsafah yang lebih teruk daripada teori ekonomi yang berpaksikan pendapat Karl Marx melalui Das Kapital. Karl Marx berusaha merungkaikan struktur masyarakat berteraskan perjuangan tanpa kelas, tetapi Husam memperjuangkan kehidupan penuh dengan kemelaratan.

Kelas gitu!!! Mungkin Husam nak jadikan rakyat yang miskin itu sebagai senjata agar dia sendiri tidak boleh dilumatkan dengan terjahan tekanan setelah kecundang dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden.

Dia nak cover balik, apa dia buat dan apa dia belanja sepanjang kempen tersebut. Dia juga nak cover bila Nik Abduh kata orang-orang yang berdekatan dan berada di sekeliling ayahandanya, salah memberi nasihat dan cuba menikam dari belakang.

Dahsyat punya kerja, lebih hebat dari cerita wayang lakonan Jacky Chan, kisah pendatang haram dari China membina kelompok dan kekayaan di sebuah daerah di Jepun.

Bolehlah kita minta Husam Musa gantungkan diri di pokok tauge saja, eh kacang cambah la. Eloklah beliau bawa buku-buku klasik teori ekonomi banyak-banyak dan bawa pergi bertapa dekat Gunung Reng, mungkin di situ dia mampu mencari idea terbaik membangunkan falsafah ekonomi untuk mensejahterakan Malaysia yang terbaik, bukannya terus membiarkan orang miskin hidup dan mati dalam putaran ganas kemiskinan.-http://www.selamba-u.blogspot.com/

Monday, June 29, 2009

Anwar Ibrahim Cuba Alihkan Tumpuan Warga Manek Urai

Otai : Warga Manek Urai perlu ingat hakikat sebenar ialah Perbicaraan Kes Liwat Anwar pada 8 Julai ini . Jangan cuba mendakwa sesuatu yang tidak benar. Dakwaan Anwar bukan sahaja boleh mengugat kestabilan Manek Urai malah akan membuat andaian jika BN menang ada main kotor tetapi tidak jika Pas menang.

Ingatlah..BN tidak mengamalkan "main Kotor" kalau guna pasti Anwar tidak akan menang dalam PRK Permatang Pauh tahun lalu dan semua negeri BN memerintah..Sedarlah wahai Anwar Ibrahim..jangan buat dakwaan jika tiada kebenaran..fikir-fikirkanlah




Anwar dakwa BN akan main kotor di Manek Urai

Malaysiakini
29 Jun 2009

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin bahawa PAS akan mengekalkan kerusi DUN Manek Urai dalam pilihanraya kecil 14 Julai ini walaupun BN didakwanya aktif menjalankan kempen memburukkan Pakatan Rakyat.

Anwar yang juga ketua Pakatan berkata, BN mencemarkan nama baik Menteri Besar yang juga Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk menarik sokongan pengundi.

Katanya, kempen memburuk-burukkan nama baik Nik Aziz tidak sepatutnya berlaku dan Anwar menjangka perbuatan tersebut akan bertambah sepanjang kempen pilihanraya kecil itu nanti.

Perbuatan tersebut, tegas ahli parlimen Permatang Pauh itu, menunjukkan bahawa BN merasa terancam dengan kehadiran Nik Aziz.

Semalam BN menamakan ketua Pemuda Umno Kuala Krai, Tuan Aziz Tuan Man, 39a, sebagai calonnya dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai.

Anwar bercakap kepada pemberita di Putrajaya di mana kes rayuannya terhadap keputusan memindahkan kes liwatnya, dijadual didengar pagi ini. Bagaimanapun, kes itu ditangguhkan hingga esok.

Anwar merayu terhadap keputusdan untuk memindahkan kesnya dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi. Perkara itu akan didengar di MahkamahTinggi pada 8 Julai depan.

Sunday, June 28, 2009

Gambar Tuan Aziz Calon BN Manek Urai

Otai: harap pilihan yang bijak dan jangan berlaku "cah Keting " pulak nanti bukan sahaja parti rugi semua wargo Manek Urai rugi...renung-renungkan lah






Tuan Aziz Direstui Pimpinan Parti, Akar Umbi

KUALA KRAI, 28 Jun (Bernama) -- Pengurus Bahagian Pemantauan Projek Kesedar Tuan Aziz Tuan Mat dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai, 14 Julai ini.

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pemilihan Tuan Aziz, 39, yang juga Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Krai, pada satu majlis yang diadakan di Kampung Sok Luar, Manik Urai, di sini.

Muhyiddin ketika membuat pengumuman itu berkata pemilihan Tuan Aziz direstui dan mendapat sokongan padu pimpinan parti termasuk Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak dan juga semua peringkat Umno selain diterima baik anggota akar umbi.

"Mengikut perlembagaan parti, jika ada kerusi yang kosong dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan adanya pilihan raya, kita perlu runding untuk pilih calon, runding dengan (Umno) Negeri, bahagian.

"Kita beri peluang semua untuk kemuka pandangan. Susahnya kita di Manik Urai ini (untuk pilih calon), kerana ada ramai tokoh yang layak. Bagaimanapun, kita timbang secara halus, kita letakkan calon yang diterima pengundi," katanya.

Turut hadir, Setiausaha Agung parti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan yang juga Pengarah Pilihan Raya Kecil Manek Urai Datuk Mustapa Mohamed, Ketua Wanita Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Puteri Datuk Rosnah Rashid Shirlin, pimpinan Umno dan parti komponen tempatan.

Muhyiddin berkata seluruh pimpinan parti yakin Tuan Aziz dan jentera pilihan raya yang diketuai Mustapa, dapat menebus kekalahan BN di kerusi itu pada pilihan raya Umum 8 Mac tahun lalu.

"Calon kita nak bela umat Islam dan bawa obor perpaduan. Beliau seorang yang berpengalaman, ada rekod kerja yang baik di sini, bukan seorang penjual ikan, dan berkelulusan tinggi.

"Penting untuk pilih calon yang berilmu kerana dialah yang nak bimbing masyarakat di sini, tak ada ilmu bahaya kerana mungkin dia terseleweng," katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata mungkin ramai yang memandang sinis jika BN menang di Manik Urai kerana wakil rakyat BN hanyalah pembangkang dalam DUN Kelantan malahan ia langsung tidak akan menjejaskan struktur kerajaan negeri yang dipimpin PAS.

Namun, tegas beliau, wakil rakyat BN di Kelantan disokong oleh kerajaan Pusat.

"Dia calon BN. Saya sendiri akan bantu jadikan Manik Urai simbol kebangkitan semula Umno dan BN. Dalam masa yang sama, kita akan lihat bagaimana kawasan ini boleh dimajukan," katanya.

Katanya sejak dari awal penubuhannya, BN yang ditunjangi Umno terbukti mampu membela nasib rakyat seluruh negara dan tradisi itu akan tetap diteruskan.

"Kita akan teruskan perjuangan pemimpin terdahulu, untuk bangunkan negara dengan dasar yang jelas, iaitu setiap lapisan masyarakat mendapat pembelaan adil dan saksama.

"Niat kita jelas, pembelaan rakyat diteruskan di bawah payung Umno dan BN. Jadi kita mahu Manik Urai dikuasi sekali lagi oleh Umno dan BN," katanya.

PAS mengumumkan calonnya, Mohd Fauzi Abdullah, 50, seorang pemborong ikan di Pasar Besar Kuala Krai yang juga Bendahari PAS Bahagian Kuala Krai pada malam Jumaat lepas.

Pilihan raya kecil DUN Manik Urai diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya daripada PAS, Ismail Yaakob pada 22 Mei lepas akibat serangan jantung.

Hari penamaan calon pilihan raya kecil itu diadakan pada 6 Julai dan jika ada pertandingan hari pengundian ditetapkan pada 14 Julai.

-- BERNAMA

Saturday, June 27, 2009

Pemborong Ikan Calon Pas Di Manik Urai




KUALA KRAI, 26 Jun (Bernama) -- Pemborong ikan di Pasar Besar Kuala Krai yang juga Bendahari PAS Kawasan Kuala Krai Mohd Fauzi Abdullah dinamakan sebagai calon parti itu pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai.

Pengumuman calon PAS itu dibuat Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Manek Urai Lama, di sini, malam ini.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata pemilihan Mohd Fauzi, 50, yang juga Anggota Majlis Daerah Kuala Krai itu dibuat berdasarkan komitmen yang ditunjukkan anak tempatan itu terhadap parti.

Pada sidang akhbar sejurus selepas pengumuman dibuat, Penasihat Jentera Pilihan Raya PAS DUN Manik Urai, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata pemilihan Mohd Fauzi dibuat peringkat akar umbi dan mendapat sokongan daripada pimpinan tertinggi PAS negeri dan Pusat.

"Pemilihan beliau berdasarkan cadangan tiga nama yang dibuat PAS cawangan Manik Urai. Daripada tiga nama yang diserah setiap cawangan, beliau mendapat pencalonan paling tinggi. Ia bukan keputusan sebulat suara, tetapi beliaulah yang mendapat pencalonan tertinggi," katanya.

Mohd Fauzi yang terkejut dengan pemilihannya itu, hanya bersedia menemui pemberita esok.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Ismail Yaakob dari PAS pada 22 Mei lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan penamaan calon pada 6 Julai dan pengundian 14 Julai.

-- BERNAMA

Monday, June 22, 2009

PAS telah mulai ceramah walaupun proses penamaan belum bermula

Otai : amboi2 sudah mula berceramah ...takut ko ;-)

JADUAL CERAMAH PAS PRK N41 MANEK URAI

Chuchoh Puteri B
19 Jun 2009
Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, YB Khalid Samad, YB Ust Nassuruddin Daud


Ceramah
21 Jun 2009
Padang Majlis Daerah, Laloh
Tok Guru MB, DSAI, Lim Guan Eng, Ust Nassuruddin Daud


Ceramah
22 Jun 2009
UPU Sg Sok
Dato’ Husam, Mohamad Sabu


Ceramah
23 Jun 2009
UPU Temalir
YB Ust Nassuruddin Daud, Mohamad Sabu

Pengisytiharan Calon
26 Jun 2009
Markas UPU Manek Urai Lama
Tok Guru MB, YB Lim Kit Siang, Dato’ Husam, Saifudin Nasution


Ceramah
7 Julai 2009
Padang Bola Chuchoh Puteri A
Tok Guru MB, DSAI, Dato’ Husam

Ceramah
12 Julai 2009
Markas UPU Sg Perial
Tok Guru MB, DSAI, Nik Amar

Sunday, June 21, 2009

Sekurang-kurangnya Tiga Nama Diteliti Sebagai Calon BN Bagi Manik Urai - Awang Adek

Otai : sampai 3 orang...jangan nanti ado hok boikot pulak...buat la pilhan bijak...


Sekurang-kurangnya Tiga Nama Diteliti Sebagai Calon BN Bagi Manik Urai - Awang Adek

BACHOK, 21 Jun (Bernama) -- Sekurang-kurangnya tiga nama tersenarai untuk dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai yang akan diadakan 14 Julai ini.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata nama-nama berkenaan kini sedang diteliti pucuk pimpinan parti dan akan diumumkan pada bila-bila masa.

"Senarai nama yang diserahkan Umno Kelantan itu kini di peringkat akhir penelitian, saya rasa keputusan mengenainya akan diumumkan pada bila-bila masa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelepasan Peserta Perlumbaan Eko-Budaya Kelantan 2009 di Pantai Irama, di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengurus Besar Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Kelantan, Sulaiman Ismail.

PAS yang memutuskan akan meletak calon bagi mempertahan kerusi DUN berkenaan yang dimenangi mereka pada Pilihan Raya Umum 8 Mac 2008, akan mengumumkan calon mereka pada Jumaat depan.

Penasihat jentera operasi pilihan raya Manik Urai PAS, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah berkata pengumuman itu akan dibuat bersama pemimpin pakatan pembangkang berdekatan dengan rumah penyandang kerusi tersebut, Allahyarham Ismail Yaakob, di Manik Urai.

Pilihan raya kecil DUN Manik Urai diadakan berikutan kematian Ismail, 60, pada 22 Mei lalu di Hospital Raja Perempuan Zainab II kerana sakit jantung.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan penamaan calon pada 6 Julai ini.

-- BERNAMA

Saturday, June 20, 2009

PAS Umum Calon DUN Manik Urai Jumaat Depan

Otai : PAS dah ada...BN guano??

PAS Umum Calon DUN Manik Urai Jumaat Depan

KOTA BAHARU, 20 Jun (Bernama) -- PAS akan mengumumkan calonnya bagi kerusi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai pada Jumaat depan, kata penasihat jentera operasi pilihan raya Manik Urai PAS, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah.

Katanya pengumuman itu akan dibuat bersama pemimpin Pakatan Rakyat berdekatan dengan rumah penyandang kerusi tersebut, Allahyarham Ismail Yaakob, di Manik Urai.

"Saya yakin calon pilihan PAS nanti akan diterima oleh pengundi Manik Urai," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Pilihan raya kecil DUN Manik Urai pada 14 Julai ini diadakan berikutan kematian Ismail, 60, pada 22 Mei lalu di Hospital Raja Perempuan Zainab II kerana pelbagai komplikasi.

Surhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan penamaan calon pada 6 Julai ini.

Sementara itu, Wan Rahim meminta SPR mengarahkan semua majikan membenarkan pekerja mereka mengambil cuti pada hari mengundi.

-- BERNAMA

Friday, June 19, 2009

Tiada Arahan Larang Penyokong Kerajaan Perpaduan Di Ceramah Politik PAS

Otai : Bak kato pepatah..tiada angin tak akan pokok bergoyang ...renung-renungkan lah

KOTA BAHARU, 19 Jun (Bernama) -- PAS Kelantan belum membincangkan cadangan melarang mana-mana pemimpinnya yang menyokong idea pembentukan kerajaan perpaduan menyampaikan ceramah dalam�kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai.

Timbalan Pesuruhjaya PAS II Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata cadangan itu adalah berbentuk peribadi dan bukan mewakili semua penyokong parti.

"Oleh itu,� cadangan supaya mana-mana pemimpin PAS yang meyokong cadangan idea pembentukan kerajaan perpaduan seperti yang disarankan Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilarang daripada menyampaikan ceramah dalam kempen pilihan raya kecil DUN itu tidak berbangkit," katanya.

Mohd Amar berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Timbalan Presiden Kelab Penyokong PAS Kelantan, Yap Kok Seng baru-baru ini supaya pemimpin parti itu yang menyokong idea pembentukan kerajaan pakatan dilarang menyampaikan�ceramah politik dalam kempen pilihan raya DUN Manik Urai, 14 Julai depan.

Menurut Yap, kelab itu menyokong penuh dan berdiri teguh di belakang kepimpinan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang tidak bersetuju dengan cadangan pembentukan kerajaan perpaduan seperti yang disarankan Abdul Hadi itu. ARU

Mohd Amar berkata, PAS tidak mudah mendengar dan menerima pandangan daripada segelintir anggota yang tidak berpuas hati atas sesuatu perkara demi kepentingan anggota keseluruhan.

"Sebaliknya kita (PAS) mendengar sesuatu saranan dan suara anggota terbanyak melalui perbincangan secara berjemaah. Jadi, persoalan itu setakat ini tidak berbangkit lagi kerana tidak dibincangkan secara rasmi," katanya yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panchor.

Menurutnnya,�PAS boleh menggunakan pendekatan lain walaupun tidak melarang mereka berceramah iaitu dengan menasihatinya supaya tidak menyentuh isu berkenaan dalam ceramah mereka.

Ditanya mengenai usaha menyelesaikan kemelut PAS di kalangan pucuk pimpinan parti itu berhubung idea pembentukan kerajaan perpaduant, Mohd Amar berkata pertemuan antara Nik Abdul Aziz, Abdul Hadi dan Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa akan diadakan dalam masa terdekat ini kerana ketika ini Hadi masih berada di luar negara.

Sementara itu, Nik Aziz yang juga juga Pesuruhjaya PAS Kelantan, ketika ditemui selepas menyampaikan kuliah agama di Dataran Ilmu di sini, pagi ini enggan mengulas mengenai isu itu.

-- BERNAMA

Undi BN Boleh Masuk Syurga Juga

Otai : Habis modal PAS nanti....

KUALA KRAI, 19 Jun (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sama ada rakyat mengundi Barisan Nasional (BN) atau pun PAS, kedua-duanya pun membolehkan umat Islam di negara masuk syurga.

Timbalan Presiden Umno itu berkata perkara yang boleh menghalang orang Islam daripada masuk syurga adalah dosa mereka dan bukannya kerana memilih suatu parti.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata hakikatnya kedua-dua parti memperjuangkan agama Islam namun apa yang membezakan BN dan PAS adalah BN mempunyai kekuatan untuk memaju dan menggerakkan negara.

"Keupayaan BN untuk bangunkan negara lebih kuat berbanding keupayaan (PAS) di bawah pimpinan (Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat)," katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan khas dengan warga pendidik di Sekolah Kebangsaan Sungai Sok, di sini Jumaat.

Turut hadir pada majlis itu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapa Mohamed dan Timbalan Menteri Kewangan yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Dr Awang Adek Hussein.

Muhyiddin berkata PAS tidak mempunyai keupayaan untuk membangunkan negara termasuk merancang secara rapi aspek berkenaan.

Beliau berkata justeru penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai perlu memikirkan secara rasional terhadap kebolehan parti mana yang harus dipilih untuk membaiki taraf kehidupan mereka dan membangunkan kawasannya.

"Saya berpendapat kita perlu fikirkan secara rasional dan fikirkan soal masa depan," katanya.

Menurutnya BN mampu membangunkan negara dan memacu negara ke arah masa depan yang lebih baik untuk rakyat.

-- BERNAMA

Thursday, June 18, 2009

Jentera PAS retak di Manek Urai?

Otai : guno nih adik kakok..dok baloh samo diri pulok....cam mano nak memerintah negara kalu macam nih...pening-peninggg


Jimadie Shah Othman
Malaysiakini.com
18 Jun 2009


Tidak cukup muktamar dua minggu lalu menjadi medan pertelagahan sesama pemimpin PAS berhubung kerajaan perpaduan, isu itu bakal membawa retak pula pada jentera pilihanraya kecil DUN Manek Urai.

Kini sudah tersebar ura-ura bahawa Dewan Pemuda PAS di beberapa negeri berhasrat menarik diri daripada membantu kempen sebagai tanda bantahan terhadap PAS Kelantan yang didakwa membesar-besarkan isu kerajaan perpaduan.

Sumber-sumber memberitahu Malaysiakini semalam, Dewan Pemuda PAS di enam negeri termasuk Terengganu – negeri presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengutarakan idea tersebut – akan memboikot kempen di Manek Urai.

manek urai by election 080609Idea tersebut bagaimanapun ditentang oleh keras oleh Mursyidul Am PAS, yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat serta bekas naib presiden Datuk Husam Musa, exco kanan kerajaan negeri.

Dalam pemilihan pucuk pimpinan PAS di muktamar ke-55, Husam dan seorang lagi naib presiden yang lantang menolak cadangan kerajaan perpaduan, Mohamad Sabu, tewas dalam perebutan jawatan timbalan presiden, yang berjaya dikekalkan oleh Nasharuddin Mat Isa.

Kerajaan perpaduan dan kekalahan Husam dikatakan tidak disenangi akar umbi PAS di Kelantan yang berdiri teguh di belakang Nik Aziz berhubung isu tersebut.

Malah, Ahad lalu, Kelab Penyokong PAS (KPP) Kelantan meminta pemimpin PAS yang menyokong cadangan pembentukan kerajaan perpaduan supaya tidak menyertai kempen pilihanraya kecil DUN tersebut, antara 6 hingga 14 Julai.

'Buang masa'

Seorang pemimpin KPP Yap Kok Seng dilaporkan berkata, kehadiran mereka hanya akan "mengelirukan pengundi" dan penyokong PAS di kawasan itu berhubung isu berkenaan.

Susulan perkembangan tersebut, sumber-sumber itu berkata, ahli-ahli Dewan Pemuda PAS merasakan kehadiran mereka di Manek Urai hanya "membuang masa dan tidak memberikan apa-apa kesan bagi mengekalkan kerusi tersebut".

"Kalau datang tidak boleh naik pentas berceramah, buat apa kita datang?" kata sumber-sumber itu lagi.

Sehingga kini, tambah mereka, PAS Kelantan belum berhubung dengan negeri-negeri mengenai persediaan menghadapi pilihanraya kecil itu walaupun ia akan berlangsung tidak lama lagi.

"Biasanya, sebulan awal (sebelum tarikh mengundi) kita dah tahu dah," tambah sumber-sumber.

Sementara itu, sumber PAS Kelantan pula memaklumkan, akar umbi PAS di negeri itu amat marah dengan Nasharuddin yang terus-menerus berbeza pandangan dengan Nik Aziz berhubung isu kontroversi itu.

"Jadi, kalau dia (mereka) tidak boikot kita pun, kita yang akan boikot dia di sini.

"Dia bolehlah datang, tetapi saya rasa dia tak boleh duduk dalam majlis yang ada Tok Guru," kata sumber itu lagi.

Tidak boleh berkempen

Semalam, Nik Aziz menggesa Nasharudin meninggalkan parti itu dan sekali gus meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen Bachok jika masih ingin kerajaan perpaduan dengan Umno.

nik aziz and nasharuddin mat isa 170609 02Menteri besar itu juga dilaporkan berkata, isu kerajaan perpaduan bukannya datang daripada PAS tetapi satu lontaran idea peribadi.

"Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk Umno, letak jawatan timbalan (presiden PAS) dan di Bachok," Nik Aziz dipetik berkata.

Sementara itu, sumber-sumber lain pula memberitahu, mesyuarat jentera pilihanraya Kelantan telah memutuskan "pemimpin-pemimpin tertentu dalam PAS" yang tidak boleh berkempen dan berceramah di Manek Urai.

Bagaimanapun, pengarah pilihanraya Dewan Pemuda PAS Pusat, Firdaus Jaafar menafikan khabar angin tersebut.

Sebaliknya, kata beliau, kesemua 14 Dewan Pemuda PAS negeri telah diberikan tugas memantau DUN Manek Urai berdasarkan sembilan daerah mengundi yang dibahagi-bahagikan mengikut negeri.

"Tidak timbul perkara itu (boikot). Kalau benar, kenapa Kelantan yang keluarkan senarai (pembahagian kawasan kempen) ini,” katanya ketika dihubungi.

Pemuda Terengganu nafi

Dalam perkembangan berkaitan, Dewan Pemuda PAS Terengganu menafikan memboikot jentera pilihanraya di DUN tersebut.

Menghubungi Malaysiakini hari ini, ketuanya Mohd Nor Hamzah berkata PAS negeri termasuk dewan tersebut akan menghantar antara 100 hingga 200 petugas tetap di satu daripada sembilan daerah mengundi seperti telah diputuskan.

Tambahnya, setakat pengetahuannya, jentera Pemuda PAS negeri-negeri lain tidak akan memulaukan pilihanraya kecil Manek Urai.

Wednesday, June 17, 2009

Mengapa Husam Takut UMNO bertanding di Manek Urai

Kenyataan terbaru calon yang tewas dalam permilihan timbalan presiden Pas dalam Muktamar yang lepas yang mahu UMNO supaya tidak bertanding dalam PRK Manek Urai julai ini. Otai hairan mengapa Husam cepat mengeluarkan kenyataan. Kejar Populariti yang semakin pudar. atau beliau cuba mempertahankan golongan yang menentang cadangan Kerajaan Perpaduan.


Otai yakin warga manek urai sudah bersedia untuk menerima mana-mana wakil rakyat mereka yang [pasti wakil rakyat yang dipilih mampu melaksana apa yang diminta dan memperbaiki taraf kehidupan penduduk Manek Urai...




Husam taunts Umno: Don't contest Manek Urai


Andrew Ong



If Umno is so keen on pursing ‘unity talks’ with PAS, it should not contest in the upcoming Manek Urai by-election, said former PAS vice-president Husam Musa.
MCPX

husam musa pas interview 170507“What is the point of having ‘unity talks’ and yet wanting to fight against us?” Husam told Malaysiakini in a telephone interview today.

“If Umno is sincere, the first thing they have to do is not contest against PAS (in Manek Urai). But I don’t believe Umno is ever sincere.

“If they are serious about ‘unity talks’, the onus is for the top leaders of both parties to work out a no-contest situation. If that cannot be done, how can the ‘unity talks’ resolve bigger issues?”

PAS president Abdul Hadi Awang and his deputy Nasharuddin Mat Isa caused a storm at the recent PAS muktamar by aggressively floating the idea of forging closer ties with Umno.

Husam and party spiritual adviser Nik Abdul Aziz Nik Mat, however, are against this.

Monday, June 15, 2009

BN Atur Strategi Tarik Undi Golongan Muda

Otai : Strategi kena betul jangan pulak nanti makan diri... yang penting perlu turun ke bawah dan dalami kehendak warga Manek Urai


KUALA KRAI, 14 Jun (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) akan melakukan beberapa pendekatan untuk menarik golongan pengundi muda supaya menyokong calon parti ini yang akan bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai pada 14 Julai ini.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Mustapa Mohamed berkata ini penting kerana lebih 50 peratus daripada jumlah 12,293 pengundi di kawasan itu terdiri daripada golongan muda yang berumur 40 tahun ke bawah.

"Program-program mengenainya yang berbentuk sukan dan kebudayaan sedang diatur bagi menarik golongan itu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat antara agensi kerajaan persekutuan di Pejabat Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) di sini, Ahad.

Turut hadir Pengerusi Kesedar yang juga Ketua Umno Bahagian Kuala Krai, Datuk Ramzi Abdul Rahman.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 6 Julai sebagai hari penamaan calon dan jika ada pertandingan, pengundian akan diadakan pada 14 Julai.

Pilihan raya kawasan itu diadakan berikutan kematian wakil rakyat PAS kawasan itu Ismail Yaacob akibat sakit jantung pada 22 Mei lepas.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata pendekatan itu penting berdasarkan keputusan pilihan raya umum lepas mendapati kekalahan calon BN antara lain disebabkan kekurangan sokongan golongan muda.

Beliau berkata persaingan sengit antara BN dengan PAS dalam usaha merebut kerusi itu tidak akan menjejaskan perpaduan pengundi di kawasan tersebut yang sebahagian besar pengundi di DUN berkenaan mempunyai pertalian keluarga antara satu sama lain.

Katanya parti-parti yang bertanding tidak patut mengeluarkan kata-kata yang kesat dan fitnah sehingga boleh memecahbelahkan perpaduan mereka semata-mata ingin menang.

"Biarlah kita berhujah secara profesional dan bersopan sesuai dengan budaya orang Melayu," tambahnya.

-- BERNAMA

Sunday, June 14, 2009

Manek Urai: KPP minta penyokong kerajaan perpaduan jangan berkempen

Otai :hmm tanda-tanda perpecahan dalam Pas ker..??

Malaysiakini.com
Jun 14, 09

Kelab Penyokong PAS (KPP) Kelantan meminta pemimpin PAS yang menyokong cadangan pembentukan kerajaan perpaduan, supaya tidak menyertai kempen parti itu dalam pilihanraya kecil DUN Manik Urai pada 14 Julai ini.

Timbalan Presidennya, Yap Kok Seng berkata ini kerana penglibatan sesetengah pemimpin itu hanya akan mengelirukan pengundi dan penyokong PAS di kawasan itu berhubung isu berkenaan, lapor Bernama.

"Kami Kelab Penyokong PAS tidak mahu pemimpin yang bersetuju dengan pembentukan kerajaan perpaduan itu turut berkempen dalam pilihanraya DUN Manik Urai kerana ia boleh mengelirukan rakyat, khasnya pengundi PAS kawasan itu jika mereka memperkatakan isu itu.

"Jadi, lebih baik mereka jangan datang berkempen dalam masa kempen pilihanraya DUN Manik Urai kali ini," katanya.

Khamis lalu, Nik Aziz membidas pemimpin parti itu yang mempertahankan saranan membentuk kerajaan perpaduan dengan menyifatkan mereka "boneka Umno".

Nik Aziz dilaporkan berkata beliau tak boleh lari daripada keputusan Muktamar PAS di Ipoh tahun lalu untuk menyokong Pakatan Rakyat.

Beliau juga dilaporkan berkata suara sumbang dari PAS untuk buat kerajaan perpaduan ini adalah boneka Umno.

Laporan minggu lalu itu turut memetik Nik Aziz sebagai berkata, isu kerajaan perpaduan ini ditimbulkan oleh presiden PAS, bukannya menggambarkan kehendak PAS.

"Presiden ini ketua bagi pertubuhan, dan pertubuhan tidak buat keputusan, itu kenyataan peribadi," katanya dalam laporan tersebut.

Friday, June 12, 2009

Manek Urai: BN diminta cepat umum calon

Otai..: Biar lambat asal selamat sudah..jangan terburu-buru

Muda Mohd Noor
www.malaysiakini.com

Barisan Nasional (BN) diminta mempercepatkan pengumuman calonnya bagi pilihanraya kecil DUN Manek Urai bagi memudahkan persiapan untuk menghadapinya.

Ketika membuat gesaan itu, Ketua Wanita Umno bahagian Manek Urai, Rohani Abdul Majid berkata, walaupun banyak mesyuarat diadakan, tetapi isu siapa calon BN belum disentuh.

"Lagi cepat lagi bagus, supaya orang Manek Urai tidak membuat teka teki mengenai calon BN," kata ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

"Paling lambat kena buat seminggu sebelum hari penamaan calon.

bm version kerusi dun manek urai 220509"Kerana belum ada calon, masing-masing sekadar mahu menunggu siapakah yang diumumkan menjadi calon BN," katanya lagi.

Rohani berkata, sehingga hari ini, Umno bahagian Kuala Krai belum membincangkan mengenai calon yang akan bertanding di Manek Urai.

Beberapa nama pemimpin tempatan telah disebut-sebut mungkin dipilih menjadi calon BN di Manek Urai.

Calon PAS pensyarah?

Selain Rohani, yang lainnya ialah ketua bahagian, Datuk Ramzi Abdul Rahman; naib ketua, Jalal Che Muda; ketua Pemuda, Tuan Aziz Tuan Mat dan setiausaha Wanita bahagian, Wan Azma Wan Hassan.

Sementara itu, PAS pula dijangka mencalonkan seorang profesional dari sebuah universiti tempatan sebagai calonnya.

Pensyarah undang-undang itu berusia 40-an berkhidmat di sebuah universiti tempatan di Kuala Lumpur dan merupakan dari keluarga penyokong kuat PAS di Kuala Krai.

"Asasnya ialah beliau mempunyai keluarga besar yang terdiri daripada penyokong kuat PAS sejak sekian lama," kata seorang pemimpin PAS Kuala Krai.

Beliau yang tidak namanya disebut berkata, nama calon tersebut telah dicadangkan oleh beberapa pemimpin PAS Manek Urai.

"Bagaimanapun, dilaporkan pensyarah tersebut belum membuat keputusan sama ada sedia bertanding di situ.

Beliau berkata, mencalonkan profesional termasuk pensyarah bukan perkara asing bagi PAS Kelantan.

Dalam pilihanraya umum lalu, katanya, beberapa ADUN PAS di Kelantan juga merupakan bekas pensyarah universiti.

Wednesday, June 10, 2009

Umno lembab, PAS mulai kempen di Manek Urai

Otai : Bukan ambo kato tapi ore lain kato:
"Umno kena cari Pak Su Wel, baru boleh menang di Manek Urai. Kalau tiada, Umno tidak akan menang."


Muda Mohd Noor
www.malaysiakini.com

Seorang pemimpin Umno bahagian Kuala Krai mendakwa jentera piliharayanya "belum melakukan sebarang kerja" bagi menghadapi pilihanraya kecil DUN Manek Urai, 14 Julai ini.
Seorang ahli jawatankuasa bahagian yang enggan dikenali berkata, pucuk pimpinan parti sebaliknya lebih gemar mengadakan mesyuarat sejak kematian penyandang kerusi tersebut Ismail Yaacob pada 22 Mei lalu.
“Kalau tidak silap, sudah adakan mesyuarat sebanyak 14 kali tetapi kerja belum buat lagi.
"Kita masih bercakap mengenai rumah sewa mahal dan wang ringgit untuk perbelanjaan pilihanraya Manek Urai," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
"Orang Umno ini suka membuat kerja pada saat-saat akhir, tidak macam orang PAS kerja tidak mengira waktu."

Beliau berkata, jentera pilihnaraya PAS dari seluruh negara sudah datang ke Manek Urai sejak beberapa minggu lalu.
"Mereka terus pergi ke kawasan-kawasan kuat PAS berjumpa orang kampung memujuk supaya terus mengundi PAS.
"Yang lain pula datang memberi bantuan kepada PAS Manek Urai untuk menghadapi pilihanraya ini," katanya.

Sementara itu, bekas ADUN BN Manek Urai, Mohd Zulkipli Omar menegaskan kembali bahawa BN memerlukan calon seperti Ismail, juga dikenali Pak Su Wel, untuk menang dalam pilihanraya kecil itu.
"Pak Su Wel wakil rakyat orang kampung, boleh bersila atas lantai di rumah orang kampung," katanya.
"Umno kena cari Pak Su Wel, baru boleh menang di Manek Urai. Kalau tiada, Umno tidak akan menang."

DUN Manek Urai: BN wajar tanding, kata Nik Aziz

Ditanya mengenai Barisan Nasional (BN) yang akan meletakkan calon di Manek Urai, Nik Aziz menyambut baik keputusan itu kerana katanya, sebagai sebuah parti politik yang sah, BN sememangnya harus bertanding.



Ditulis oleh Pilihanraya Kecil Manek Urai N41

KUALA LUMPUR : Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, parti itu tidak pernah ketandusan calon untuk diletakkan dalam mana-mana pilihan raya, lapor Mstar Online.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, PAS mempunyai ramai calon yang berkelayakan untuk mewakili parti itu dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai.
“Calon sudah ada, ramai, tua muda semuanya ada dan layak, PAS tidak pernah ketandusan calon terbaik.
"Insya-Allah, kita akan letakkan calon tempatan,” katanya selepas merasmikan Sambutan Jubli Perak Kepimpinan Ulama di markas PAS Taman Melewar, Gombak dekat sini, hari ini.
Pilihan raya kecil DUN Malek Urai, Kelantan akan diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya, Ismail Yaacob awal pagi semalam.
Ditanya mengenai Barisan Nasional (BN) yang akan meletakkan calon di Manek Urai, Nik Aziz menyambut baik keputusan itu kerana katanya, sebagai sebuah parti politik yang sah, BN sememangnya harus bertanding.
"Bila BN tidak mahu bertanding tempoh hari (di Penanti), dia telah menjadi taraf parti Bebas.

"Kalau sebagai sebuah parti politik yang sah, dia akan bertanding dengan cara mana sekali pun," katanya.
Dalam pada itu, Nik Aziz berkata, PAS mengamalkan sikap terbuka untuk membenarkan kaum Cina dan India memegang jawatan Menteri Besar Kelantan dengan syarat mereka harus beragama Islam, warak dan berkelayakan.
"Islam tidak gunakan bangsa sebagai sesuatu yang ditonjolkan.
"Walaupun Kelantan majoritinya Melayu tapi kalau Cina Muslim, India Muslim, belajar Islam di universiti dan luar negeri, saya sanggup berkempen di kalangan masyarakat Kelantan lantik dia jadi Menteri Besar.
"Umno sebut ketuanan Melayu, kita sebut ketuanan Islam," katanya.
Katanya, jika Umno ingin bekerjasama dengan PAS, mereka perlu menukar dasar daripada dasar kebangsaan kepada dasar Islam.
Berhubung pemilihan parti pada Muktamar PAS Ke-55 bulan depan, Nik Aziz berkata, beliau percaya perwakilan akan membuat pilihan yang tepat.
Beliau melahirkan sokongan kepada calon-calon yang mahu bertanding kerana mahu membantu dan menyayangi parti, bukan yang sengaja bertanding untuk mencetuskan gangguan.

DUN Manek Urai

Calon bersifat mesra rakyat pilihan penduduk Manik Urai

Faktor utama untuk menang dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai pada 14 Julai nanti bukan bergantung kepada pengaruh parti tetapi lebih kepada calon bersifat mesra rakyat dan mempunyai reputasi berkhidmat kepada rakyat.


Bernama
9 Jun 2009

KUALA KRAI, -- Faktor utama untuk menang dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai pada 14 Julai nanti bukan bergantung kepada pengaruh parti tetapi lebih kepada calon bersifat mesra rakyat dan mempunyai reputasi berkhidmat kepada rakyat.

Ukuran itu dibuat berdasarkan daripada perbualan penduduk di kedai-kedai kopi yang hangat memperkatakan mengenai calon pilihan mereka pada pilihan raya kecil itu.

Tinjauan Bernama mendapati reputasi calon yang diuar-uarkan bakal dipilih sama ada dari PAS atau Umno menjadi topik perbualan penduduk dengan mereka melahirkan harapan akan mendapat wakil rakyat baru yang mudah mendekati rakyat terutama apabila memerlukan bantuan.

"Calon "ikan buruk" kami tak mahu dah, seperti bila rakyat ajak minum di kedai kopi, calon menolak atas alasan takut ikan jadi buruk (busuk) di dalam kereta, jadi terpaksa pulang segera," kata Mohd Bakri Abdullah kepada Bernama.

Penduduk mahukan wakil rakyat yang sanggup menolong mereka yang memerlukan bantuan, katanya dan menurutnya bantuan itu bukan merujuk kepada bantuan kewangan tetapi lebih kepada usaha mendapatkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

"Calon tidak mesra rakyat, kami tidak mahu. Kami nak calon bila rakyat nak buat kenduri dan perlukan peruntukan dia sedia membantu. Bila ada masalah bantuan, dia akan usahakan cari pihak yang dapat menolong," kata Mohd Bakri, 45.

Antara calon Umno yang disebut-sebut masyarakat setempat kerana mempunyai ketokohan itu ialah Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Krai Tuan Aziz Tuan Mat kerana kesediaan beliau untuk berkhidmat kepada rakyat sebelum ini.

Nama Tuan Aziz disebut-sebut kerana beliau berasal dari Manik Urai dan merupakan pegawai Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) yang akan memudahkan penduduk mendapatkan bantuan pertanian.

Selain Tuan Aziz, nama lain yang turut disebut-sebut ialah Naib Ketua Umno Bahagian Kuala Krai Abdul Jalal dan Ketua Wanita Umno bahagian itu Rohani Abdul Majib.

Bagi PAS pula, antara nama calon yang disebut-sebut ialah Fikri Che Ismail atau lebih dikenali Mat Yi Kopiah.

Ahli perniagaan berusia 51 tahun itu yang juga Timbalan Ketua PAS Cawangan Kampung Laloh, di sini dikatakan sebagai calon terbaik kerana memenuhi kriteria yang dikehendaki parti itu beriman dan diterima oleh masyarakat setempat.

Ketika ditemui Bernama di sini, hari ini, Fikri berkata beliau tidak terfikir langsung untuk dipilih sebagai calon, apatah lagi untuk menawarkan diri dalam pilihan raya kecil itu.

"Saya tidak bermimpi langsung untuk menjadi calon dan menganggap masih belum layak untuk memikul tanggungjawab itu," katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak mungkin menolak jika diberi tanggungjawab itu kerana ia merupakan amanah dalam perjuangan parti yang berlandaskan Islam.

Nama-nama lain yang turut disebut-sebut ialah bekas anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guchil, Zulkifli Yaacob, bekas calon PAS bagi kerusi DUN Manek Urai pada 2004, Zamzuri Mat Lazim; Ketua Pemuda PAS Kuala Krai, Mahadi Mohd Zain dan Yang Dipertua PAS kawasan Gua Musang, Dr Zulkefli Mohamad.

Pilihan raya kecil DUN Manik Urai diadakan berikutan kematian penyandang daripada PAS, Ismail Yaakob pada 22 Mei lepas. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon pada 6 Julai dan pengundian pada 14 Julai.

Dun Manik Urai mempunyai 12,293 pemilih berdaftar dan 95 peratus daripada jumlah itu merupakan pengundi Melayu yang bergantung pendapatan kepada hasil pertanian termasuk sawit dan getah.

DUN itu mempunyai sembilan daerah mengundi iaitu Temalir, Sungai Perial, Manik Urai Lama, Manik Urai Baru, Sungai Sok, Chuchoh Puteri, Lata Rek, Manjor dan Laloh.

Pada pilihan raya umum 2008, PAS menang dengan majoriti 1,352 undi dan pilihan raya umum 2004, BN mengatasi PAS dengan majoriti tipis sebanyak 53 undi.

-- BERNAMA